Perlembagaan Persatuan Alumni POLISAS Kuantan Pahang

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG

 

FASAL 1 NAMA
Persatuan ini dikenali sebagai PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN, PAHANG. Selepas ini disebut Persatuan.
FASAL 2 ALAMAT BERDAFTAR
Alamat dan tempat urusan berdaftar Persatuan ini ialah :

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU, 25350 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Atau tempat - tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Alamat dan tempat urusan berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu

FASAL 3 TAKRIF
AHLI bermakna keahlian yang diterima menurut Fasal 6

ALUMNI bermakna seseorang yang pernah mendaftar sebagai pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

DASAR bermakna segala keputusan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung

JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa dan Jawatankuasa Kerja seperti yang ditubuh menurut Fasal 12

MESYUARAT AGUNG bermakna Pegawai Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

PENAUNG bermakna Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

PERLEMBAGAAN ertinya Perlembagaan Persatuan Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

PERSATUAN bermakna Persatuan Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

FASAL 4 TUJUAN DAN MATLAMAT

  • Menghimpunkan semula graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan bagi membincangkan pengalaman - pengalaman berharga mereka yang telah membantu dalam kerjaya masing masing
  • Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli - ahli Alumni dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Menjalinkan persefahaman di antara kakitangan kerajaan, golongan professional mahupun swasta dalam beberapa perkara yang menjurus ke arah misi dan visi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Perhubungan dan komunikasi dua hala yang berterusan dan akrab dengan alumni melalui sistem elektronik dan pengkomputeran efisien setiap masa
  • Menjalankan aktiviti - aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan ahli seperti perkhemahan, jamuan, perjumpaan dan aktiviti lain yang dirasakan boleh mendatangkan faedah kepada ahli pertubuhan
  • Menjalankan aktiviti yang boleh menjana pemikiran dan idea seperti ceramah, seminar, perbincangan dan aktiviti lain yang dirasakan boleh membangunkan pertubuhan dan ahlinya
  • Membangunkan pangkalan data alumni yang lengkap dan sistematik beserta dengan sistem capaian maklumat yang efisien bagi setiap kumpulan graduan
  • Mengadakan saluran dan menyediakan sistem bagi mendapatkan maklumbalas daripada alumni tentang kerelevanan program pengajian demi kemajuan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan secara berterusan
  • Membangunkan aktiviti menggalakkan alumni kembali ke kampus untuk terlibat dengan program pembelajaran pelajar setiap semester secara berterusan
  • Mengadakan pakatan strategik penyelidikan dengan penyelidik dan pensyarah setiap tahun secara berterusan
  • Memantapkan kerjasama erat dengan Pertubuhan Alumni dan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategik untuk membantu pelajar dan graduan dalam perihal latihan praktik / industri, intership dan kerjaya setiap tahun
  • Pengeluaran dan penyebaran berita berkenaan perkembangan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan alumni melalui laman web yang interaktif setiap bulan, internship dan kerjaya setiap tahun
  • Menjalankan kajian pengesanan alumni atau menjejaki alumni setiap tahun dan rakan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Menerbitkan direktori alumni dan organisasi secara berkala untuk alumni dan pelajar - pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Menambahkan kutipan derma bagi menambahkan tabungan kewangan Pertubuhan demi untuk menjalankan aktiviti Pertubuhan dan mendapatkan tajaan dari mana - mana pihak dengan syarat mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu
  • Memohon, membeli, memperolehi, mencagar dan memilih tanah dan lain - lain harta untuk tujuan Pertubuhan dengan syarat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan diperolehi terlebih dahulu (jika berkenaan sahaja)

FASAL 5 KEAHLIAN
Syarat - syarat untuk menjadi ahli Persatuan ialah :

  • Terbuka kepada semua bekas pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Terbuka kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan yang sedang belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Berumur lebih daripada 18 tahun
  • Warganegara Malaysia

Keahlian Persatuan ini terdiri daripada kategori berikut :

- Ahli Biasa

Bekas pelajar yang pernah mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang boleh diterima sebagai Ahli Biasa. Ahli - ahli tersebut mempunyai hak berucap, hak mengundi dan hak dipilih di dalam Mesyuarat Agung. Keahlian adalah untuk seumur hidup.

- Ahli Kehormat

Terdiri daripada pengurus - pengurus, pensyarah - pensyarah dan penyokong - penyokong yang berjasa kepada Persatuan ini akan diterima sebagai Ahli Kehormat setelah diluluskan oleh Jawatankuasa. Ahli Kehormat berhak memberi nasihat dan membantu memajukan urusan - urusan Persatuan ini. Mereka boleh hadir di dalam Mesyuarat Agung dan memberi ucapan, tetapi tidak berhak mengundi atau dipilih. Mereka juga tidak dikenakan sebarang yuran

- Ahli Bersekutu

Semua orang yang berkhidmat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang atau institusi di bawah Sektor Pengurusan Politeknik yang lain layak menjadi Ahli Bersekutu. Mereka perlu membayar yuran. Mereka boleh hadir di dalam Mesyuarat Agung dan berhak membuang undi atau dipilih

- Ahli Muda

Semua pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang digalakkan menjadi Ahli Persatuan. Mereka dibenarkan menjadi kebenaran bertulis daripada Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Mereka boleh hadir di dalam Mesyuarat Agung tetapi tidak berhak membuang undi atau dipilih dalam Jawatankuasa Persatuan. Ahli Muda akan ditawarkan menjadi Ahli Biasa apabila menamatkan pengajian

Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab - sebabnya.

Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran seperti yang ditetapkan sebelum diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Seorang pelajar Universiti atau Kolej - Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Kaunselor Universiti yang berkenaan

FASAL 6 BAYARAN YURAN
Bayaran yuran keahlian Ahli Biasa yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

Bayaran yuran keahlian Ahli bersekutu yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

Bayaran yuran keahlian Ahli muda yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) selepas mendapat kebenaran bertulis oleh Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Ahli Muda akan ditawarkan menjadi Ahli Biasa setelah tamat pengajian dengan dikenakan yuran sebanyak RM30.00. Keahlian adalah untuk seumur hidup.

Ahli Kehormat dikecualikan daripada sebarang yuran.

Yuran ini hendaklah dijelaskan kepada Bendahari semasa membuat permohonan.

Sebarang perubahan kadar yuran boleh disyorkna dan diputuskan perubahannya di Mesyuarat Agung.

Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Khas. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.

Yuran yang telah diterima tidak akan dikembalikan.

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
Ahli yang hendak berhenti dari Persatuan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya sebulan secara bersurat kepada Setiausaha Persatuan dan hendaklah menjelaskan segala hutang-hutangnya (jika ada)

Mana mana ahli yang gagal mematuhi undang - undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang dianggap boleh mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab - sebab pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut

FASAL 8 HAK DAN KEWAJIPAN AHLI
HAK AHLI

  • Kecuali dinyatakan dalam Perlembagaan, semua ahli Persatuan adalah mempunyai hak yang sama dalam Persatuan
  • Ahli berhak bercakap, mencadang, menyokong dan mengundi dan dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
  • Ahli Kehormat dan Ahli Muda berhak mendapat semua faedah dan kemudahan seperti Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu tetapi tidak boleh mencadang, menyokong, mengundi atau menjadi ahli Jawatankuasa
  • KEWAJIPAN AHLI

  • Seseorang ahli berkewajipan untuk memastikan yurannya dijelaskan
  • Seseorang ahli adalah dikehendaki patuh kepada peraturan Persatuan
  • Seseorang ahli tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa - apa kenyataan awam melalui media massa mengenai Persatuan
  • Seseorang ahli hendaklah menghadiri mesyuarat, perjumpaan dan sebarang program yang dianjurkan oleh Persatuan
  • Seseorang ahli hendaklah menghormati dan patuh kepada Perlembagaan Persatuan, Dasar Persatuan dan keputusan Mesyuarat Agung
  • FASAL 9 MESYUARAT AGUNG
    MESYUARAT JAWATANKUASA

  • Suatu notis awal mengenai Mesyuarat Jawatankuasa yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan perkara - perkara yang dibincangkan hendaklah dihantar oleh Setiausaha kepada semua ahli Jawatankuasa tidak lewat daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat
  • Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli jawatankuasa agenda mesyuarat termasuk usul - usul, salinan laporan atau penyata dan dokumen yang hendak dibincangkan
  • Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah dijalankan apabila cukup korum yang dihadiri oleh sekurang - kurangnya satu per dua (1/2) dari ahli - ahli Jawatankuasa yang berhak mengundi
  • Jika korum tidak mencukupi dan setelah menunggu dalam tempoh enam puluh (60) minit selepas waktu mesyuarat yang dijadualkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan hingga ke satu masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa tidak lewat daripada dua minggu selepas tarikh penangguhan diumumkan
  • Pada panggilan kedua Mesyuarat Jawatankuasa Agung yang ditangguhkan itu dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam (30 minit) daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka berkuasalah ahli - ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan yang melibatkan semua ahli